Sejarah SK Pos Musoh Landing Zone

SEKOLAH KEBANGSAAN POS MUSOH
PETI SURAT 51,
35000 TAPAH,
PERAK DARUL RIDZUAN


Pembinaan bangunan sekolah SK POS MUSOH LZ di tanah seluas 3 ekar bermula pada tahun 1983. Ianya terletak di salah sebuah bukit di Bajaran Titiwangsa, iaitu di satu kawasan pedalam yang dihuni oleh penduduk Orang Asli dari suku kaum Semai.

Bangunan asal sekolah ini dibina dan pengurusannya dibawah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sebelum diambil alih Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pda tahun 1998 sehingga sekarang. Dengan hanya mempunyai satu blok bangunan sahaja awalnya, sekolah ini berubah wajah dengan pembinaan 4 blok bagunan yang baru termasuk sebuah kantin oleh KPM.

Sejarah awal sekolah ini bermula dengan siapnya bagunan sekolah pada januari tahun 1998. Kumpulan pertama guru seramai lima orang termaksuk seorang pembantu tadbir dan murid seramai 40 orang melangkah masuk ke sekolah ini dengan rasminya pada 1 januari 1998. Sebelum siapnya bangunan sekolah ini, pelajar hanya bersekolah di sini sehingga tahun 3 sahaja dan seterusnya akan dipindahkan untuk bersekolah di SK Batu 14 dan menginap di asrama.



Antara tenaga pengajar awal di sekolah ini. ( Sumber : Cikgu Mie )




Previous
Next Post »

2 comments

Click here for comments